STANDARD AND MATERIAL PORTAL (STAMP) CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan dibawah Kementerian Kerja Raya yang telah ditubuhkan di bawah Akta 520 CIDB untuk membangunkan, mengawalselia, menguatkuasa dan melaksanakan tugas-tugas dan juga fungsi-fungsi yang berkaitan dengan industri pembinaan.

STAMP ini dibangunkan bertujuan untuk mengumpulkan segala info rujukan berkaitan Standard & Bahan Binaan ke dalam satu info interaktif untuk rujukan industri yang terlibat dengan kerja pembinaan seperti pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi kerajaan, pemilik projek, juru runding, kontraktor, pengesah dan pengguna.

Melalui STAMP ini, capaian maklumat terkini seperti syarikat yang telah diperakukan PPS lebih tepat melalui capaian terus ke Sistem CCPM atau pun ePermit. Selain itu, pelbagai maklumat lain boleh dirujuk dan dimuat turun oleh umum sebagai rujukan dan panduan.

Maka dengan adanya STAMP ini, sumber rujukan dan carian maklumat lebih cepat, mudah dan mesra pengguna (user friendly).

CAPAIAN BERKAITAN STANDARD & BAHAN BINAAN DIBAWAH JADUAL KEEMPAT CIDB (PINDAAN TAHUN 2021)

Capaian maklumat dibawah adalah rumusan yang menerangkan akan fungsi portal ini diwujudkan. Ia merupakan satu Portal yang mengumpulkan segala bentuk maklumat berkaitan Standard & Bahan Binaan. Portal ini menghimpunkan pelbagai bahan-bahan rujukan seperti buku Tatacara Permohonan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) Bahan Binaan Tempatan, Tatacara Mengimport Bahan Binaan dan lain-lain perincian.

Bahan Binaan Tempatan

Pengeluar / Pengilang perlu mendapatkan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) bagi bahan binaan tempatan yang berada di bawah Jadual Keempat Akta 520 untuk memastikan bahan binaan tempatan tersebut mematuhi standard serta dapat menjamin kualiti bahan binaan yang digunakan di tapak bina. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Rajah diatas.

Bahan Binaan Import

Mana-mana produk/bahan binaan yang ingin dibawa masuk ke negara ini perlu memperolehi Product Certification atau lulus Full Type Test Report (FTTR) dari negara pengeluar sebelum dihantar ke negara ini mengikut prosedur dan syarat–syarat pengeluaran Certificate of Approval (COA) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import). Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Rajah diatas.

Kadar Yuran Untuk Proses Permohonan PPS (Bahan Binaan Tempatan) dan Proses COA (Produk Bahan Binaan Import)

Kadar Yuran untuk pemproses PPS dan COA diterangkan secara terperinci. Bayaran boleh dibuat secara atas talian atau dimana-mana kaunter pejabat CIDB Negeri / Cawangan dengan membawa Slip bayaran (Invoice) yang dicetak dari Sistem CCPM sebagai dokumen rujukan. Sila klik info ini untuk perinican berkaitan yuran untuk rujukan anda. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Rajah diatas.

Construction Industry Standard (CIS)

CIS ialah singkatan ‘Construction Industry Standard’ (Standard Industri Pembinaan) yang mengandungi spesifikasi teknikal atau kriteria tepat lain yang direka bentuk untuk digunakan secara konsisten, sebagai peraturan, garis panduan atau definisi untuk prosedur berkaitan pembinaan, amalan terbaik, produk, pengurusan dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila klik pada Rajah diatas.

Artikel dan Berita Baru

Artikel dan Penerbitan terbaru berkaitan Standard dan Bahan Binaan serta berita berita berkaitan CIDB

Video berkaitan kaedah / tatacara untuk membuat permohonan PPS secara atas talian di sistem CCPM CIDB dan peruntukan AKTA 520 CIDB
Dua kontraktor yang terbabit dengan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak bina sehingga mengakibatkan kemalangan maut pada 22 Mac lalu. Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ahmad 'Asri Abdul Hamid, berkata denda berkenaan dikenakan selepas prosiding tindakan tatatertib kontraktor diadakan pada 20 September lalu, selesa
Lebih 170 jawatan sedia ditawarkan kepada graduan ABM dan CIDB Tech Sabah oleh tujuh majikan di dalam bidang yang dikategorikan berimpak tinggi iaitu Pemasangan Perancah, Perpaipan Gas, Operasi Kren, Elektrikal, Penyaman Udara dan Kimpalan.